INFAQ TAJAAN UNTUK PELAJAR
TAHFIZ DI SINI!  

Di sebalik setiap hafalan ayat suci Al-Quran, ada doa yang tidak putus dan pengorbanan yang besar. Anak-anak tahfiz kami berjuang menimba ilmu bukan hanya untuk diri mereka, tetapi untuk agama, keluarga dan ummah seluruhnya. Namun, perjalanan ini tidak mudah. Ramai di antara mereka datang daripada keluarga sederhana, ada juga yang yatim. Di sini, kami percaya menghafaz Quran bukan sekadar mengingati ayat-ayat suci… Tapi menghafaz untuk difahami, diamalkan dan dijadikan bekal hidup sampai ke syurga.

Mengapa Sumbangan Anda Penting?

  • Membantu menampung makan minum harian pelajar

  • Menyediakan kitab, alat tulis & kelengkapan belajar

  • Menjamin kelangsungan operasi tahfiz

  • Menjadi saham akhirat yang pahalanya tidak terputus


Maahad Tahfiz Darul Sajidin Kuala Langat (MTDSKL) ialah sebuah institusi tahfiz yang berdaftar secara sah di bawah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dengan kod pengiktirafan BZH1033.

Bertapak di atas tanah Wakaf Khas MAIS, MTDSKL berperanan sebagai pusat pendidikan yang memberi peluang kepada anak-anak untuk mendalami ilmu al-Quran, syariah, hadis, tafsir dan bahasa Arab dalam suasana tarbiyah yang penuh berkat.

Dipimpin oleh Syeikh Muhd Zainul Asri bin Hj Mohd Romli, MTDSKL menekankan pembentukan pelajar bukan sekadar sebagai penghafaz al-Quran, tetapi juga sebagai insan berilmu, berakhlak dan mampu menjadi rujukan masyarakat.


Kami membangunkan sistem pembelajaran yang menyeluruh:

  • Tahfiz al-Quran – Hafazan yang tersusun dan berdisiplin

  • Pengajian Alim – Mendalami ilmu syariah, fiqh, tafsir, hadis & bahasa Arab

  • Ilmu Kehidupan – Melengkapi pelajar dengan kefahaman Fardhu ‘Ain & Fardhu Kifayah






MTDSKL berhasrat melahirkan generasi Huffaz yang faqih, yang bukan sahaja menguasai hafazan al-Quran, tetapi juga memiliki daya kepimpinan, ketajaman ilmu dan akhlak mulia.

Kami percaya bahawa dengan bimbingan yang betul, para pelajar di sini bakal menjadi ulama pewaris Nabi, pemimpin masyarakat serta sumber rujukan yang berwibawa.

Bantu Mereka Menjadi Tahfiz Quran Yang Berjaya !!

TAJA X 10 PELAJAR MAKAN & MINUM – RM150

TAJA X 5 PELAJAR MAKAN & MINUM – RM75

TAJA X 2 PELAJAR MAKAN & MINUM – RM30

TAJA X 1 PELAJAR MAKAN & MINUM – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

DARSA BANTING RESOURCES BANK ISLAM

TEKAN BUTANG 'Chat Dengan Mudir' untuk info lanjut..

LOKASI KAMI : 
1- Maahad Tahfiz Pondok Durani Darsa Bangi. Teras Jernang, Bangi.
2- Maahad Tahfiz Darul Sajidin Darsa Kuala Langat. Jalan Air Tawar, Kg Bandar, Banting, Kuala Langat.
3- Madrasah Hadis Darsa HQ. Lot 5057 Jalan air Tawar, Kg. Bandar, Banting, Kuala Langat.



Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +601119711016 (Mudir)



Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
Taja x 10 Pelajar Makan & Minum (RM150)
Taja x 5 Pelajar Makan & Minum (RM75)
Taja x 2 Pelajar Makan & Minum (RM30)
Taja x 1 Pelajar Makan & Minum (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN

Chat Dengan Mudir